![]() | |
Kuala Pilah: Penemuan lebih 200 kesan tapak kaki misteri bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun getah berhampiran Kampung Kepis Baru, di sini, kelmarin, menggemparkan penduduk setempat.
Penduduk kampung itu, Adnan Pungut, 48,
yang mendakwa orang pertama menemui kesan tapak kaki ganjil itu berkata,
dia ke kebunnya jam 3 petang untuk membersih serta membakar longgokan
kayu pokok getah yang ditebang.
Bagaimanapun, dia terkejut dan segera
pulang selepas menemui kesan tapak kaki ganjil yang tidak pernah
dilihatnya sepanjang hidup.
